Friday, 20 December 2013

Salam Ingatan Untuk Sahabat :)

"Pertemuan telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancangkan
Manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan Tuhan
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku kasihi (kasihi)
Susah senang kau disampingku (di sampingku)
Kehadiran dikau disisi (sahabatku)
Mengubat sepi dihatiku

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku cintai (cintai)
Susah senag kau disampingku (di sampingku)
Walau kini hilang dimata (sahabatku)
Namun kau tetap dihatiku (sahabatku)
Oho, sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu
Sahabat yang amatku cintai
Susah senang kau disampingku
Walau kini hilang dimata
Namun kau tetap dihatiku
Namun kini hanyalah tinggal kenangan
Pertemuan kita dilamat perpisahan
Kemesraan bermekar diakhir perkenalanSayup menitiskan air mataku"

:: bait lagu di atas adalah lagu yg mengisahkan tentang sahabat...menyingkap kembali tahun 2010/2011 di kolej matrikulasi perak..tempat yg banyak memberikan seribu satu kenangan..kenangan pahit dah manis..kenangan yg mengajar erti kehidupan..Bait-bait kata di bawah menggambarkan betapa kalian sangat berharga dalam hidup aku..kalian lah yg ada tatkala aku susah dan senang..kalian juga yg telah menceriakan hidup aku..terlampau banyak kenangan yg x mampu di padamkan ..  bersama kalian buat hidup aku rasa indah..
Indah "PELANGI" kerana "WARNA". 
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA". 
Indah "HATI" kerana "AKHLAK". 
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN. 
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita. 


TRUE FRIENDS are like morning,
you cannot have them the whole day,
but you can be sure they will be there when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.
Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
tiada kata mampu didengar
tiada senyuman yg dapat dilihat
tapi apa yg dirasai..cuma DOA yg ikhlas dari hati yang sentiasa mengingati dan menyayangi.


Hampir setahun kita bersama, mengejar cita bersama impian, akhirnya kita berpisah.. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana Allah.. Sekarang, masing2 terpisah jauh.. Terpisah demi mencapai sebuah cita2 yg pernah kita idamkan bersama dulu..Walau di mana kalian berada, ingatlah bahawa hati yg kecil ini sentiasa merindui dan mengingati sepanjang masa..Sayang kalian kerana Allah..Sahabat dunia dan akhirat..

~menyingkap kembali tabir kenangan KMPK~ P 



 - ni masa naik basikal..dulu petang2 time free selalu naik basikal pusing2 kmpk..masa ni aku ngan ayu-

haaaaa ni pulak masa nk present kelas bi..bukan main pakai baju sama kaler semua..hahaha




 ~ ok ni nak citer sikit..taraaaa....ni la group kmm tercinta alu bersama madam haizan..madam haizan ni la mentor kami..sebenarnya ada terselit sesuatu yg indah kat sini..ehemm (krikkrikkrik)..yg sebelah aku pakai tudung pink baju hitam tu nama dia Aifa Zakaria..bakal doktor tu..wow..haha banyak hal2 peribadi kami kongsi bersama..rindu mu epa ! group kmm yg paling awesome :)

 ni pulak kelas aku..h1t3..mengenali korang adalah yg paling terindah dlm hidup..indah lagi dri sekolah..malah lebih indah dari UM..KMPK x mampu mengalahkan sesiapa pn di hati aku..cehhhhh !

 from left : ayu, aku, nisa, diba....ni geng2 gosip paling kecoh dlm kelas..ha ha ha

Ibtisam Izzaty nama diberi..dia best friend aku..kawan terbaik dunia akhirat..form 4 lagi kami kenal..di takdirkan 1 matrik..tapi u lain2..dia kat uitm..bakal cikgu tu..cikgu bio..miss u a lot sam..ni kwn semua2 lah..lepak, gosip, makan, minum, jenjalan dan sume2 lah..hiksss



sebelah sam ni farah..shes also my bff kt kmpk..satu geng..jenis yg gila2..hahaha 


ni la tempat kami lepak petang2 sambil usha orang..eh??? hahahaha tempat yg menyaksikan 1000 kenangan indah..phewwhhhh



malam yang x brapa nak nampak..ni time celebrate birthday anas n zarul..masa ni zarul ada lagi..lepas tu dia kuar kmpk n sambung medic kat mesir...haishhh





haahaaaaa...ni lagi satu my best friend forever lah..insyaallah dunia dan akhirat..mmuah..syg u mira :)



ok bila dok kmpk x sah kalau x pegi gua tempurung..kan? sape dak kmpk mesti knl tempat ni..fuhh first time masa ni masuk gua..adventure kot..tapi memang best lah..part paling best masa kena gelongsor turun dalam gua tu..kami perempuan ni kena sambut oleh student2 laki kat bawah..agak tinggi sebenarnya..fuhhhhh...lepas tu menyusuri gua dgn keadaan gua yg sgt sempit..dalam air pulak tu..memang best !















ni la tempat tinggal kami..walaupun setahun tapi sudah cukup memberikan 1000 kenangan terindah dalam hidup aku...peaceeeeeeeee.......












ni sorang lagi bff aku yg sangat aku syg..nama dia elyana razalle..future doctor jugak..sekarang dia kat usm..mengenali awak satu perkara terindah dalam hidup saya..kawan g kelas..kawan belajar..kawan gosip..kawan makan..kawan yg sanggup dengar n layan karenah sy yg x brapa nk betul ni..hehehe


ni time g kem KRM kat kampar,perak..ahli group kami..guess what? aku lah ketua kumpulan masa ni..hahaha


















:: tu lah sedikit sebanyak coretan dari aku buat sahabat yang sangat aku rindui..moga kalian sentiasa dalam limpah dan rahmatNya yg diredhai..aku merindui kalian setengah mati...........
esok officially dah start study week..wish u all the best..selamat berfinal exam semua..ada rezeki, panjang umur InsyaAllah kita jumpa lagi.....


GUD LUCK !!! :)







Friday, 10 May 2013

Karya Kosong

Saat kita menempuh onak duri dunia,
Derita sekali sekala mencuit hati.
Hati remuk menangisi tidak henti.
Kesedihan terus menerus bersemadi didasar hati.
SABAR pun sudah tidak dikenali lagi dalam terharu........
Air mata tertumpah juga :(

Wahai insan...............

begitulah kehidupan dunia,
kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita..
Adakalanya kita sangat gembira...kecewa....
Namun, Allah Maha Adil..
Allah tidak akan menduga hambaNYA kecuali untuk melihat hambanya tersenyumm meniti hikmah disebaliknya..
Jangan bersedih..
kerana kita telah melalui kesedihan kelmarin dan sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pd keesokan harinya..

kesedihan demi kesedihan..
bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yg luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi..padahal inilah kesempatan yg tersangat indah..
Gara-gara kesedihan..
manis dirasa pahit..
lazat terasa hambar..
mekar menjadi layu..
tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata, mengalir hangat dipipi..
Lihat sekeliling......
teguhkan pendirian..
Senyuman dan Airmata yg dititiskan simpan jdi teladan..
Segala yg dipandang, didengar....simpan..Jadikan pedoman..

~ALLAH KNOWS EVERYTHING ~

Saturday, 20 April 2013

Andai ini Takdirnya...............

Cinta...







Ianya hadir tanpa dipinta,,,datang tanpa kita menjemputnya..sebab cinta tu satu fitrah..

tapi...ianya juga pergi tanpa kita menghalau..

semasa dia hadir..Subhanallah..indah sgt rasa tu..Rasa yg x pernah dirasai selama ni...Dia hampir menyempurnakan apa yg x lengkap sebelum ni.. Kata-katamu terlalu indah..Terlalu manis tanpa aku fikir di sebalik kemanisan terselit kepahitan..Ianya hadir tepat pd masanya. Masa tatkala aku perlukan semua ni berlaku.. Setiap dalam sujudku, aku utuskan doa buatmu..Tanpa disedari kamu hadir..hadir melengkapi apa yg x lengkap sebelum ni..

Tapi.....

Siapa sangka, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..

ujian datang melanda..kita masing2 tercampak dalam satu pilihan.. aku @ kamu yg salah?? masing2 ada jawapan yg tersendiri,,

" Allah menguji kita dengan sesuatu yg amat kita sayang..Namun kita diberi cubaan dengan KEHILANGAN. Allah menguji kita dengan sebuah impian yg amat kita harapkan..tapi kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang..

Sesengguhnya DIA pemberi segala. kerana segalanya kepunyaaNYA. Saat ditariknya nikmat yg ada, percayalah DIA sedang mengaturkan yg terbaik untukmu.."








Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.
Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.
Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.
 Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.
Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita. Begitu jua lah sebaliknya

.::Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
Tak semudah tu untuk mengalah...dan Tak semudah tu untuk "fight".....

Jangan pernah menyerah @ give up dengan apa yg pernah menjadi milik kita, Tapi cubalah fight utk sesuatu yg memang utk kita...
Takdir Allah tiada siapa yg tahu..Hati ini sgt keliru...Keliru dlm memilih satu pilihan.. Satu keputusan..
#Jika kita diberi dua pilihan..Memilih @ Dipilih...jika kita MEMILIH, pilihlah yg terbaik utk kita..tapi jika kita DIPILIH, jadilah yg terbaik utk org yg memilih kita...Semua yg terjadi pasti ada hikmah yg tersembunyi..
Tak semuanya selamanya indah..
 Hidup ni x selalunya cerah..
Kita ada Allah..walaupun hati ini keliru, bila sujud doa dari DIA subhanallah rasa tenang sgt walaupun x dapat satu keputusan..

.# tidak sukar utk ku membaca hatimu, bila mata lebih lantang bersuara, telah ku percaya dedaun mekar dipepohon rupanya gugur dimusim luruh...Dalam diam cinta telah merubah hati, dalam diam persimpangan menanti, bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi, tiada sinar kasih menyinari....Mungkin dirimu dah ada pengganti yg mengukir senyuman hatimu dah di curi, mungkin juga diriku sudah menyusahkan , tidak sempurna lagi apa itukah dihati...

Sudah tertulis di luh mahfuz , siapa jodoh kita..tiada guna menangisi, meratapi..ye tiada guna..tapi sejauh manakah benar kata2 itu...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..kebenaran yg terungkap amat jelas..sejelas apa yg kamu mainkan... redha dengan takdir..ini takdir kita...

ANDAI INI TAKDIRNYA,,,,,,,by hook or by crook.. we have to.....

..#jangan pernah tinggalkan org yg kita syg utk org yg kita suka...sebab suatu saat org yg kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yg dia syg..remind for myself too..

selamat membaca... sekadar menulis...
PEMILIK CINTA ILAHI 2013














Monday, 18 February 2013

Langit Tidak Selalunya Cerah~

langit tidak selalunya cerah..
ye begitulah dengan kehidupan kita..adakalanya hidup kita ni cerah,dan adakalanya ia kelam.gelap.sehinggakan kita x nampak jalanya.
ni juga samalah dengan kegagalan..
ye kegagalan..its a nightmare to hear right..tapi sape yg tak pernah menghadapi kegagalan, pasti x kan jumpa kejayaan..kita gagal..kenapa???
ada sebab dan musababnya..
cek balik hubungan kita dgn Allah, ibu bapa, kawan2, orang sekeliling??
kadang2 kita x sedar perbuatan kita tu telah menyakiti hati seseorang..ye kan..
tapi ingatlah,disebalik kegagalan pasti akan ada secebis harapan..yg penting jangan putus asa..Allah pun benci orang yg putus asa..keep it up.
perjalanan kita masih jauh..jangan fikir masalah mendatang tapi fikir macam mana kita nak hadapi masalah tuu..
jika kita gagal,recheck balik dengan usaha yg kita buat..setimpal??
tepuk dada tanya iman..............
move on..jangan berhentii. triple kan usaha ..insyaAllah.....

memang dalam keadaan kelam tu susah nk berjalan..bertatih..kadang2 tersungkur, jatuh..tapi kalau ada usaha,kita akan jumpa jugak cahaya..malah yg terang lagi benderang..
reset minda..pikir yang baik2 je..pikir kita mampu lakukan semua ni..baiki hubungan dengan Allah,org2 sekeliling..
usaha...doa...tawakal...........

*pesanan utk diri sendiri*

Saturday, 5 January 2013

CiNtA aZaLi





Semenjak mula kita bersua
Bergetar rasa di dalam jiwa
Apakah ini tandanya
Ada janji antara kita

Setiap hari kita berdekatan
Rasa hangatnya kemesraan
Bila kita berjauhan
Gelora jiwa kerinduan

Kita bersama terus kembara
Jauh ke taman asmara
Di sana cinta berpadu
Menjadi satu oh oh

Demi cinta suci ini
Kurnia dari Illahi
Biarpun ke lautan api
Sanggup diharungi

Memang sudah suratan azali
Kita dipertemukan di dunia
Sehingga kita kembali
Bertemu semula di syurga







Monday, 31 December 2012

Final Exam Semester 3


assalamualaikum..
bismillah..
pejam celik pejam celik kiri dan kanan.susah betul nak lelapkan mata.
terbukak hati nak mengupdate blog yang dah la bersawang.huh...dah sampai ke final dah.
today..1113.tahun baru seyh !!
heheh HAPPY NEW YEAR ALL
new year disambut dengan exam ! best sesangat
untuk semester ni sangat-sangat berat..apa yang x beratnya.. 7 PAPERS kot..adoih.a.k.a 20 jam kredit.arghh sangat2 tough..
inorganic chemistry
fisiologi
manipulasi genetic
genetic asas
mikrobiologi
basic math for chemist
computer for education

hurmmm...semua subjek gila-gila sem ni.
tapi xpe.apa yang aku harapkan In Shaa Allah aku mampu buat yang terbaik. Moga Allah permudahkan segalanya..
DOA USAHA TAWAKAL..
knnn...yess..aku boleh !!

yang penting kita usaha dan terus yakin bahawa segala rezeki, dan kejayaan tu datangnya dari ALLAH S.W.T..
kepada kengkawan semua..good luck n selamat menempuh final exam.moga kejayaan milik kita bersama..
In Shaa Allah. Ameen,
#sedikit pesanan:
banyakkan bwt solat hajat,solat dhuha..
ok kat sini aku nak share sikit maksud doa dhuha..kalau di hayati..subhanallah!! maksud dia sangat2 indah...hurm33





Saturday, 22 September 2012

RINDU KAMU !!

assalamualaikum wbt...

ingin aku singkap kembali
kenangan lama agar bersemi
ingin ku ulangi kisah manis
agar terus bersemadi...

bait2 rangkap di atas adalah sebuah lagu yang bertajuk SAHABAT..sahabat adalah antara orang yang terpenting dalam hidup kita kan..tanpa mereka siapalah kita.
tanpa mereka aku x mungkin bahagia
tanpa mereka aku x kan berjaya..
menyingkap kembali kenangan2manis itu..sungguh berat untuk aku melupakan semuanya.dan aku TAKKAN lupakan semua tu..
tika pertama kali mejejakkan kaki ke alam universiti(UM),aku seorang diri..tiada kawan disisi.yang ada hanyalah rumet yang baruaku jumpa..sangat sedih saat tu.sampai nangis sorang2 x nak hidup lagi kt UM ni.teringat dulu aku kat kmpk.sungguh indah bersama kawan2 yg menyayangi diriku.
tapi Allah tu Maha Adil..dia bagi aku rasa tu sekejap sahaja..dia hadirkan mereka2 padaku..Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanmu..aku syukur Kau kurniakan aku kawan2 yang baik.yang mampu bahagiakan aku setelah semua dugaan yang telah aku alami..
indah sangat sewaktu bersama dengan korang..i miss them damn much....
kami selalu lepak sama2,makan sesama,gelak sesama...boleh katakan segalanya kami buat bersama sama..pi kelas sama2..
mungkin masa ni aku x pernah nak bersyukur pada MU ya ALLAH..aku lalai dengan kebahagiaan yang aku kecapi..sampai satu masa Kau tarik semua itu dariku..Ya Allah aku x kuat nak hadapi semua ni..Aku nak balik semua kenangan tu..hanya Kau yang tahu apa yang terbuku dalam hatiku sekarang..AKU RINDU MEREKA..aku rindu nak bersama mereka lagi,mereka lah kawan,teman,dan sahabat y baik untuk aku..sukarnya aku nak melafazkan kata rindu ini pada mereka .. kerana segala yang tersirat tidak mampu untuk diungkap lagi..

YA ALLAH kau sampaikanlah rindu dan kasih ini buat mereka..sesungguhnya jujur di hati aku,aku sangat menyayangi mereka....

sekian......

Monday, 23 July 2012

~ A Guy that we called "DOKTOR"


assalamualaikum dan salam ramadhan bt semua blogger..
hri ni dah 4 ramadhan..alhamdulilah masih di beri kekuatan dan kesihatan untuk kita terus beribadah kepadanya..
betapa indahnye bulan ramadhan ni kan.
dulu bila tiba ramadhan hati aku x rase apa2,tw nk puasa,bukak puasa then sahur je.huhu tpi sekarang lain.
hati aku rasa tenang.alhamdulilah Tuhan kurniakan aku nikmat dan rasa indah itu pada penghulu segala bulan.
ooopppsss ckp pasal ramadhan lak,salah timing ni.hehe
back to the my title above..GUY?? what i mean actually?

aku terbaca banyak blog2 doktor..semua nye bertemu jodoh dgn doctor jgk..
so,kita x same,kita berbeza//
u re a doctor...but im just a teacher !
macam langit dengan bumi !

~jodoh itu rahsia Allah.kalau ditakdirkan jodoh kita x kan kemana.pasti ketemu.janji Allah itu pasti.walaupun dari dulu aku nk my future husband aku seorang doctor,but when Allah met us,i cant accept it !~
hmmm tu je aku nk ckp.sekarang aku lebih tenang :)

sekian.wasalam !

Friday, 8 June 2012

* ROTI PLANTA + ROTI PISANG*

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
 

actually hari ni aku berada di ambang kemerdekaan dah..nak tau kenapa??
hehehehe
sebab aku dah hbis 4 paper straight dalam masa seminggu tanpa henti..
penat wooh !!
so,hri ni dah relax sikit dah tinggal 2 paper lagi tapi tu lambat ag,so aku nk rest dulu sebelum aku fight balik..haha
alkisahnya..
tengah layan fb n twiter..lepas tu aku tengok ada someone post sal roti kosong..
"mamak,saya nak roti najwa latif  satu"
haha mamak tu pun tanya lah "roti pe benda tuh"
lepas tu budah tu pun cakap lah "aiyoo mamak ROTI KOSONG lah"..
aku pun tergelak sorang2..
so aku pn talk la ngan rumet aku..
"ayu..kalau lah ko x exam,aku dah ajak ko turun makan roti canai n lepak2 kosong malam ni"
hahaha
ayu pun jawab "haha untung lah kau dah merdeka kejap"..
hewhewhew,,boring giler aku rasa..xde sapa yg free aku nk ajak kuar malam ni..layan punya layan rumet aku pn ajak pi makan roti canai..huhuhu aku pun ape lagi terkejut lah..haha
bagai bulan jatuh diriba plak rasa..
hahaha
kitaorang pun turun lah..order ROTI PLANTA satu dengan ROTI PISANG..
ngeteh sama2 n lepak borak sesama..
haha nasib baik ade jugak orang nk teman aku lepak mlm ni..
so,keboringan aku terisi lah malam ni..
tanx rumet..
aku sebenarnye nk makan roti planta tuh sebab aku teringat roti bakar kat rumah yg selalu aku buat..
letak planta+gula ,then,bakar..
perghh sedap seyh..cayalah..
tetibe aku teringat kenangan KMPK..
dulu selalu makan roti canai dengan kwn2 aku dulu..lepak sesama..
oh rindunye aku kehidupan matrik
miss damn much yuyuyuyu..

tadaaaaaaaa......!!!!

ni lah ROTI PLANTA aku..sedapppp woh..
haha bak kata sorang kwn aku nk..

"sedap baq ang" !!!

hewhewhew ni lah RUMET tercinta aku..
nama dia Ayu.
memang ayu mcm tuanye jugak..
comel kn dia..haha cute gitu..
suara dia pun cute gak..
oh tanx yerp rumet..
may Allah bless u..
hihi

~ok tu jer aku nk cite..selamat menjamu selera..babai~
wasalam..
<3<3<3

Sunday, 3 June 2012

kata yang bernama KEJAYAAN

Setiap daripada kita pasti menginginkanya..

menginginkan yg terindah buat santapan hidup
adakalanya apa yg kita lakukan terasa begitu kecil dan tidak bermakna
tetapi pernah tak kita mendengar....

riak2 air yg kecil boleh bercantum lalu menjadi ombak yg besar,yg x mampu dihalang lagi??

bermula dengan satu langkah kecil
jangan pernah biarkan yg lain menghalang kita
ikuti rentak jalan hidup kita sendiri
mungkin akan ada yg ketawa
biarkan...................
satu hari pasti ramai yg akan mengikutnya nanti
JANGAN pernah sesekali berputus asa..
ingat Allah sangat x suka hambaNya berputus asa..

KEJAYAAN !!
adalah suatu usaha berterusan setelah mereka yg lain sudah berhenti mengejarnya.
rasa takut hanya menjadikan kita makin kerdil,lemah,x bermaya
kalau takut..
berlarilah kearah rasa takut itu
kerana disebalik rasa takut itu terselit kehidupan kita yg sebenar
ayuh !!
bangkitlah dari bangun..
masuklah ke dalam gelanggang dan bermain lah dengan kehidupan
ambil lah risiko selagi itu tidak membahayakan diri kita
lompatlah dan satu saat akan ada jaring penyelamat yg akan tiba..
sentiasalah berfikiran positif agar apa yg kita inginkan itu menjadi kenyataan..
namun satu yg utama iaitu ALLAH..
sujud lah kpdnya
mintak lah padaNYA
merayulah kepadaNya
sesungguhnya nikmat Allah itu sangat manis di rasa..


ok itu je aku nak share di pagi2 hari ni..sekadar renungan bersama..moga kita sentiasa ingat yang kejayaan mahupun kegagalan,itu semua nikmat drpd Allah swt..
jangan pernah meletakkan diri kita dalam alam kegagalan..
kerana kegagalan itu sangat pahit untuk dirasa
TAPI...
kejayaan xkn dapat dirasa tanpa kegagalan..
itu sahaja sekadar sarapan minda di pagi hari moga aku tenang melangkah ke medan peperangan hari ini..
moga kejayaan milik kita bersama..
sekian..wasalam :)

Tuesday, 29 May 2012

izinkan aku meluahkan rasa di sini ya sahabat ~ =)
sudah hampir setahun kita kenal,kita bersama..
mengharungi susah dan senang sama2..
aku gembira kerana Allah mempertemukan aku dengan kamu semua,
kalian dah mengajar aku erti kehidupan tatkala aku keseorangan mengahadapi kesusahan..
kalian mampu membahagiakan aku tatkala aku sedih di sini..
aku tercampak kat UM ni sorang2 dan alhamdulilah Allah mempertemukan kita semua..
aku syukur sgt di pertemukan dgn korang..
terima kasih kawan atas segalanya..
korang anugerah terindah dalam hidup aku..
semoga Tuhan saja yg mampu membals semuanya..
segala kekhilafan yg berlaku ,anggap saja tu dugaan dalam persahabatan..
barulah manis persahabatan tu kn :) hehe

ku biarkan pena ini menulis mengikut rentak hati,
untuk meluahkan aku sangat menyayangi kamu semua,

teman..
maafkan aku andai aku telah melukai kamu..
aku juga hanya manusia biasa,
yg lalai,yg x sempurna..
apa yg aku harapkan persahabatan ini kekal sampai syurga..
sayang kamu semua kerana Allah..


*mungkin aku bknlah sahabat yang baik,
aku sering melalaikanmu,
aku sering membuatmu merasa tersisih...
mungkin selama ini banyak bicaraku yang pedih,
aku sering tidak memahamimu,
aku hanyalah manusia biasa..
karena kekuranganku itu aku sering memanjatkan doa,
semoga tuhan selalu melindungimu,
karena siapapun kalian,
kalian adalah sahabatku...

TERIMA KASIH UTK SEGALANYA..!<3 <3 <3

Wednesday, 23 May 2012

aku kena kuat

aku rasa sedih sgt malam ni..
sedih dengan semua benda yg jadi semenjak dua menjak ni..aku rasa x kuat nak tanggung semua ni..tapi aku kena kuat.mana sifat aku yang x pernah lemah tu?
entah lah aku sendiri pun x tau.
hati mula teringatkan abah,ma,along,akak,azie,adik..
aku rindu mereka..
aku rindu kawan2 aku,sam,mira,farah,yana,epa.
kawan yang mampu bagi aku  semangat dulu di kala aku sedih,aku down,aku sakit.
segala apa yang terjadi biarlah menjadi rahsia dalam hidup aku,
aku takut utk hadapinya sekali lagi.seriusly aku takut.
aku trauma !
tapi aku yakin Allah tu maha mengetahu apa yang terbaik untuk hambanya..
yang penting aku kena usaha,doa banyak2
insyaalah aku yakin..
aku janji abah,arwah ma..aku akan kembalikan kejayaan tu balik macam dulu
maafkan aku andai aku x mampu lakukan untuk semester lepas.aku janji aku akan buat yang terbaik untuk sem ni.
aku perlukan doa dari kalian semua untuk aku harungi hidup kat sini..
terima kasih hannan!
time aku susah kau selalu ada d sisi aku,peneman aku,mampu buat aku tersenyum.
insyaallah persahabatan kita kekal selamanya.tu yang aku harapkan..
yea betul kata orang..sekali kita terjatuh xkan selamanya kita terjatuh..kita mesti terus bangkit dan terus berdiri ..kegagalan memang pahit untuk dirasa,tapi percayalah akan ada kemanisan di sebalik nya.
sama2 lah kita berdoa moga kejayaan milik kita bersaman..
insyaallah aku x akan ulangi kegagalan tu lagi..sakit sangat hanya Allah je tahu..
ok yang mne baik amik pengajaran,mne buruk jadikan sempadan..
insyaallah aku mampu..
selamat menempuhi minggu study week dan final exam :)
gud luck semua..


Tuesday, 22 May 2012

teratai layu di tasik madu

jam 1:23 pagi..
haaaa mesti korang ingat aku nak karok pagi2 buta ni kan.hehe
actually ni nama group kitaorang untuk hubungan etnik..memang terbaik lah..
first time aku rasa pengalaman macam ni,yela dulu kalau nak pegi mana2 pun bawah rombongan kat sekolah takpun besar sikit kat matrik,haha
ok kitaorang buat kajian kaitan dengan ORANG ASLI SUKU KAUM BATEQ..oh yeah! menarik kan??
sangat menarik!
kitaorang pergi ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang..humm jauhnye travel.huhu
grup kitaorang sebenarnya 10 orang tapi yang pegi cma 9 orang.humm susah aku nk describe dengan kata2 macam mana pengalaman kat sini..
sangat2 menarik..pengalaman baru yang kami dapat..terbaik!!!haha
kat sini aku cuma nk share gambar2 beserta aktiviti2 yang kami lakukan kat sne..
have fun!!yuuuu
haaa..nie la chalet yang kitaorang sewa..

ni ahli group kitaorang yang lelaki..semua handsome n kacak2 belaka..(:P)

ni yang pompuan ..comel gitu.haha..ni masa atas jeti nk naik bot pegi perkampungan orang asli

haaaa nie pulak masa atas bot..semua muka penat+excited je bila berada atas bot ni..terbaik la.:)



ni la rumah orang asli kaum bateq ni..memang betol2 asli punya lah,kaw2 gitu.huhu

ni pulak dapur diorang..

 ni adalah SUMPIT..sumpit ni boleh di beli untuk kenang-kenangan..memang dia dah sediakan khas untuk pelancong lah..
kitaorang pun diberi peluang tau untuk bersumpit.hee first time dapat rasa bersumpit tu macam mana..terbaik lah!!
ni masa salah sorang daripada penduduk orang asli menyalakan api menggunakan rotan..part ni sangat menarik..siap nyanyi2 lagi.hee
"lat lat go lat lat go"
dia kata lau nyanyi lagi cepat api tu hidup.haha

semua dengan khusyuknya mendengar penerangan dari abg MEOR.haha..terganga nganga gtu ..kui3 =)




malam tu kami buat bbq makan ramai2..tapi malam tu hujan turun dengan lebatnya.haha lagi la syiok makan .hihi


~SECOND DAY~
meneruskan perjalanan ke perkampungan orang asli yang satu lagi untuk mendapatkan maklumat terperinci untuk kajian kami..

ni perkampungan kedua kami jejaki..tengok la rumah dia,macam ni je,bayangkan kalau kita yang hidup macam ni..mesti susah kan..syukurlah nikmat yang Allah berikan..alhamdulilah..

cer teka ni sape?? haha yang besar gitu badanya abang Meor..kitaorang kira mcm tourist guide la kat sni.hehe yang kurus tu lah salah satu penduduk orang asli yang kami interview..niat sebenar kitaorang nak interview tok batin diorang,tapi kedatangan kitaorang agak terlambat sebab tok batin tu dah berpindah kat tempat lain..maklumlah masyarakat kaum bateq ni berpindah randah(nomad).





selepas pegi perkampungan orang asli ni kami di bawa ke Canopy Walkway..sangat menarik dapat rasa pengalaman yang x penah aku rase.x caya cubelah try.!




hehehe
tu la sikit sebanyak antara aktiviti2 yang kitaorang lakukan kat sana..memang terbaik lah!
kalau ada masa dan ketika dan dipanjangkan umur,aku rasa nak pegi lagi kat sini..
seronok!
tu je yang aku dapat katakan
huhu
ok kat sini aku selitkan video travelog perjalanan kami dan serba sedikit mengenai orang asli suku kaum bateq ni..
ada masa boleh tengok..
ok tu je aku nk share
sekian.....