Setiap daripada kita pasti menginginkanya..
menginginkan yg terindah buat santapan hidup
adakalanya apa yg kita lakukan terasa begitu kecil dan tidak bermakna
tetapi pernah tak kita mendengar....
riak2 air yg kecil boleh bercantum lalu menjadi ombak yg besar,yg x mampu dihalang lagi??
bermula dengan satu langkah kecil
jangan pernah biarkan yg lain menghalang kita
ikuti rentak jalan hidup kita sendiri
mungkin akan ada yg ketawa
biarkan...................
biarkan...................
satu hari pasti ramai yg akan mengikutnya nanti
JANGAN pernah sesekali berputus asa..
ingat Allah sangat x suka hambaNya berputus asa..
KEJAYAAN !!
adalah suatu usaha berterusan setelah mereka yg lain sudah berhenti mengejarnya.
rasa takut hanya menjadikan kita makin kerdil,lemah,x bermaya
kalau takut..
berlarilah kearah rasa takut itu
kerana disebalik rasa takut itu terselit kehidupan kita yg sebenar
ayuh !!
bangkitlah dari bangun..
masuklah ke dalam gelanggang dan bermain lah dengan kehidupan
ambil lah risiko selagi itu tidak membahayakan diri kita
lompatlah dan satu saat akan ada jaring penyelamat yg akan tiba..
sentiasalah berfikiran positif agar apa yg kita inginkan itu menjadi kenyataan..
namun satu yg utama iaitu ALLAH..
namun satu yg utama iaitu ALLAH..
sujud lah kpdnya
mintak lah padaNYA
merayulah kepadaNya
sesungguhnya nikmat Allah itu sangat manis di rasa..
ok itu je aku nak share di pagi2 hari ni..sekadar renungan bersama..moga kita sentiasa ingat yang kejayaan mahupun kegagalan,itu semua nikmat drpd Allah swt..
jangan pernah meletakkan diri kita dalam alam kegagalan..
kerana kegagalan itu sangat pahit untuk dirasa
TAPI...
kejayaan xkn dapat dirasa tanpa kegagalan..
itu sahaja sekadar sarapan minda di pagi hari moga aku tenang melangkah ke medan peperangan hari ini..
moga kejayaan milik kita bersama..
sekian..wasalam :)
No comments:
Post a Comment