Friday, 10 May 2013

Karya Kosong

Saat kita menempuh onak duri dunia,
Derita sekali sekala mencuit hati.
Hati remuk menangisi tidak henti.
Kesedihan terus menerus bersemadi didasar hati.
SABAR pun sudah tidak dikenali lagi dalam terharu........
Air mata tertumpah juga :(

Wahai insan...............

begitulah kehidupan dunia,
kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita..
Adakalanya kita sangat gembira...kecewa....
Namun, Allah Maha Adil..
Allah tidak akan menduga hambaNYA kecuali untuk melihat hambanya tersenyumm meniti hikmah disebaliknya..
Jangan bersedih..
kerana kita telah melalui kesedihan kelmarin dan sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pd keesokan harinya..

kesedihan demi kesedihan..
bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yg luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi..padahal inilah kesempatan yg tersangat indah..
Gara-gara kesedihan..
manis dirasa pahit..
lazat terasa hambar..
mekar menjadi layu..
tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata, mengalir hangat dipipi..
Lihat sekeliling......
teguhkan pendirian..
Senyuman dan Airmata yg dititiskan simpan jdi teladan..
Segala yg dipandang, didengar....simpan..Jadikan pedoman..

~ALLAH KNOWS EVERYTHING ~

Saturday, 20 April 2013

Andai ini Takdirnya...............

Cinta...







Ianya hadir tanpa dipinta,,,datang tanpa kita menjemputnya..sebab cinta tu satu fitrah..

tapi...ianya juga pergi tanpa kita menghalau..

semasa dia hadir..Subhanallah..indah sgt rasa tu..Rasa yg x pernah dirasai selama ni...Dia hampir menyempurnakan apa yg x lengkap sebelum ni.. Kata-katamu terlalu indah..Terlalu manis tanpa aku fikir di sebalik kemanisan terselit kepahitan..Ianya hadir tepat pd masanya. Masa tatkala aku perlukan semua ni berlaku.. Setiap dalam sujudku, aku utuskan doa buatmu..Tanpa disedari kamu hadir..hadir melengkapi apa yg x lengkap sebelum ni..

Tapi.....

Siapa sangka, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..

ujian datang melanda..kita masing2 tercampak dalam satu pilihan.. aku @ kamu yg salah?? masing2 ada jawapan yg tersendiri,,

" Allah menguji kita dengan sesuatu yg amat kita sayang..Namun kita diberi cubaan dengan KEHILANGAN. Allah menguji kita dengan sebuah impian yg amat kita harapkan..tapi kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang..

Sesengguhnya DIA pemberi segala. kerana segalanya kepunyaaNYA. Saat ditariknya nikmat yg ada, percayalah DIA sedang mengaturkan yg terbaik untukmu.."








Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.
Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.
Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.
 Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.
Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita. Begitu jua lah sebaliknya

.::Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
Tak semudah tu untuk mengalah...dan Tak semudah tu untuk "fight".....

Jangan pernah menyerah @ give up dengan apa yg pernah menjadi milik kita, Tapi cubalah fight utk sesuatu yg memang utk kita...
Takdir Allah tiada siapa yg tahu..Hati ini sgt keliru...Keliru dlm memilih satu pilihan.. Satu keputusan..
#Jika kita diberi dua pilihan..Memilih @ Dipilih...jika kita MEMILIH, pilihlah yg terbaik utk kita..tapi jika kita DIPILIH, jadilah yg terbaik utk org yg memilih kita...Semua yg terjadi pasti ada hikmah yg tersembunyi..
Tak semuanya selamanya indah..
 Hidup ni x selalunya cerah..
Kita ada Allah..walaupun hati ini keliru, bila sujud doa dari DIA subhanallah rasa tenang sgt walaupun x dapat satu keputusan..

.# tidak sukar utk ku membaca hatimu, bila mata lebih lantang bersuara, telah ku percaya dedaun mekar dipepohon rupanya gugur dimusim luruh...Dalam diam cinta telah merubah hati, dalam diam persimpangan menanti, bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi, tiada sinar kasih menyinari....Mungkin dirimu dah ada pengganti yg mengukir senyuman hatimu dah di curi, mungkin juga diriku sudah menyusahkan , tidak sempurna lagi apa itukah dihati...

Sudah tertulis di luh mahfuz , siapa jodoh kita..tiada guna menangisi, meratapi..ye tiada guna..tapi sejauh manakah benar kata2 itu...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..kebenaran yg terungkap amat jelas..sejelas apa yg kamu mainkan... redha dengan takdir..ini takdir kita...

ANDAI INI TAKDIRNYA,,,,,,,by hook or by crook.. we have to.....

..#jangan pernah tinggalkan org yg kita syg utk org yg kita suka...sebab suatu saat org yg kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yg dia syg..remind for myself too..

selamat membaca... sekadar menulis...
PEMILIK CINTA ILAHI 2013














Monday, 18 February 2013

Langit Tidak Selalunya Cerah~

langit tidak selalunya cerah..
ye begitulah dengan kehidupan kita..adakalanya hidup kita ni cerah,dan adakalanya ia kelam.gelap.sehinggakan kita x nampak jalanya.
ni juga samalah dengan kegagalan..
ye kegagalan..its a nightmare to hear right..tapi sape yg tak pernah menghadapi kegagalan, pasti x kan jumpa kejayaan..kita gagal..kenapa???
ada sebab dan musababnya..
cek balik hubungan kita dgn Allah, ibu bapa, kawan2, orang sekeliling??
kadang2 kita x sedar perbuatan kita tu telah menyakiti hati seseorang..ye kan..
tapi ingatlah,disebalik kegagalan pasti akan ada secebis harapan..yg penting jangan putus asa..Allah pun benci orang yg putus asa..keep it up.
perjalanan kita masih jauh..jangan fikir masalah mendatang tapi fikir macam mana kita nak hadapi masalah tuu..
jika kita gagal,recheck balik dengan usaha yg kita buat..setimpal??
tepuk dada tanya iman..............
move on..jangan berhentii. triple kan usaha ..insyaAllah.....

memang dalam keadaan kelam tu susah nk berjalan..bertatih..kadang2 tersungkur, jatuh..tapi kalau ada usaha,kita akan jumpa jugak cahaya..malah yg terang lagi benderang..
reset minda..pikir yang baik2 je..pikir kita mampu lakukan semua ni..baiki hubungan dengan Allah,org2 sekeliling..
usaha...doa...tawakal...........

*pesanan utk diri sendiri*

Saturday, 5 January 2013

CiNtA aZaLi





Semenjak mula kita bersua
Bergetar rasa di dalam jiwa
Apakah ini tandanya
Ada janji antara kita

Setiap hari kita berdekatan
Rasa hangatnya kemesraan
Bila kita berjauhan
Gelora jiwa kerinduan

Kita bersama terus kembara
Jauh ke taman asmara
Di sana cinta berpadu
Menjadi satu oh oh

Demi cinta suci ini
Kurnia dari Illahi
Biarpun ke lautan api
Sanggup diharungi

Memang sudah suratan azali
Kita dipertemukan di dunia
Sehingga kita kembali
Bertemu semula di syurga







Monday, 31 December 2012

Final Exam Semester 3


assalamualaikum..
bismillah..
pejam celik pejam celik kiri dan kanan.susah betul nak lelapkan mata.
terbukak hati nak mengupdate blog yang dah la bersawang.huh...dah sampai ke final dah.
today..1113.tahun baru seyh !!
heheh HAPPY NEW YEAR ALL
new year disambut dengan exam ! best sesangat
untuk semester ni sangat-sangat berat..apa yang x beratnya.. 7 PAPERS kot..adoih.a.k.a 20 jam kredit.arghh sangat2 tough..
inorganic chemistry
fisiologi
manipulasi genetic
genetic asas
mikrobiologi
basic math for chemist
computer for education

hurmmm...semua subjek gila-gila sem ni.
tapi xpe.apa yang aku harapkan In Shaa Allah aku mampu buat yang terbaik. Moga Allah permudahkan segalanya..
DOA USAHA TAWAKAL..
knnn...yess..aku boleh !!

yang penting kita usaha dan terus yakin bahawa segala rezeki, dan kejayaan tu datangnya dari ALLAH S.W.T..
kepada kengkawan semua..good luck n selamat menempuh final exam.moga kejayaan milik kita bersama..
In Shaa Allah. Ameen,
#sedikit pesanan:
banyakkan bwt solat hajat,solat dhuha..
ok kat sini aku nak share sikit maksud doa dhuha..kalau di hayati..subhanallah!! maksud dia sangat2 indah...hurm33





Saturday, 22 September 2012

RINDU KAMU !!

assalamualaikum wbt...

ingin aku singkap kembali
kenangan lama agar bersemi
ingin ku ulangi kisah manis
agar terus bersemadi...

bait2 rangkap di atas adalah sebuah lagu yang bertajuk SAHABAT..sahabat adalah antara orang yang terpenting dalam hidup kita kan..tanpa mereka siapalah kita.
tanpa mereka aku x mungkin bahagia
tanpa mereka aku x kan berjaya..
menyingkap kembali kenangan2manis itu..sungguh berat untuk aku melupakan semuanya.dan aku TAKKAN lupakan semua tu..
tika pertama kali mejejakkan kaki ke alam universiti(UM),aku seorang diri..tiada kawan disisi.yang ada hanyalah rumet yang baruaku jumpa..sangat sedih saat tu.sampai nangis sorang2 x nak hidup lagi kt UM ni.teringat dulu aku kat kmpk.sungguh indah bersama kawan2 yg menyayangi diriku.
tapi Allah tu Maha Adil..dia bagi aku rasa tu sekejap sahaja..dia hadirkan mereka2 padaku..Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanmu..aku syukur Kau kurniakan aku kawan2 yang baik.yang mampu bahagiakan aku setelah semua dugaan yang telah aku alami..
indah sangat sewaktu bersama dengan korang..i miss them damn much....
kami selalu lepak sama2,makan sesama,gelak sesama...boleh katakan segalanya kami buat bersama sama..pi kelas sama2..
mungkin masa ni aku x pernah nak bersyukur pada MU ya ALLAH..aku lalai dengan kebahagiaan yang aku kecapi..sampai satu masa Kau tarik semua itu dariku..Ya Allah aku x kuat nak hadapi semua ni..Aku nak balik semua kenangan tu..hanya Kau yang tahu apa yang terbuku dalam hatiku sekarang..AKU RINDU MEREKA..aku rindu nak bersama mereka lagi,mereka lah kawan,teman,dan sahabat y baik untuk aku..sukarnya aku nak melafazkan kata rindu ini pada mereka .. kerana segala yang tersirat tidak mampu untuk diungkap lagi..

YA ALLAH kau sampaikanlah rindu dan kasih ini buat mereka..sesungguhnya jujur di hati aku,aku sangat menyayangi mereka....

sekian......

Monday, 23 July 2012

~ A Guy that we called "DOKTOR"


assalamualaikum dan salam ramadhan bt semua blogger..
hri ni dah 4 ramadhan..alhamdulilah masih di beri kekuatan dan kesihatan untuk kita terus beribadah kepadanya..
betapa indahnye bulan ramadhan ni kan.
dulu bila tiba ramadhan hati aku x rase apa2,tw nk puasa,bukak puasa then sahur je.huhu tpi sekarang lain.
hati aku rasa tenang.alhamdulilah Tuhan kurniakan aku nikmat dan rasa indah itu pada penghulu segala bulan.
ooopppsss ckp pasal ramadhan lak,salah timing ni.hehe
back to the my title above..GUY?? what i mean actually?

aku terbaca banyak blog2 doktor..semua nye bertemu jodoh dgn doctor jgk..
so,kita x same,kita berbeza//
u re a doctor...but im just a teacher !
macam langit dengan bumi !

~jodoh itu rahsia Allah.kalau ditakdirkan jodoh kita x kan kemana.pasti ketemu.janji Allah itu pasti.walaupun dari dulu aku nk my future husband aku seorang doctor,but when Allah met us,i cant accept it !~
hmmm tu je aku nk ckp.sekarang aku lebih tenang :)

sekian.wasalam !